Pengikut

Isnin, 11 Julai 2011

LUCU AND MEMALUKAN

     Cerita nie berlaku pada tepat jam 5 petang tapi time tu lebih-lebih lah sikit bukan tepat sanggat.. ok..aq contineu.. perkara nie berlaku dalam shopping complex.. biase lah dengar lak tempat cam tu an.. macam-macam kita dapat lihat gelagat manusia nie.. macam-macam ragam n karenah diorang... memang tak tahan aku nak gelak dibuatnya..
     Semasa aku berjalan-jalan dalam shopping complex tuh sambil-sambil tawaf jalan lah dikatakan....nasib baek tak sampai 7 bulatan, kalau tidak naik haji dah aq.. so aku sambung ok.. asyik membebel benda laen jer aq nie..huhuhu... sory la kawan...  semasa aku dalam tu, aku terlihat sepasang hamba allah nie... yang lalu-lalu dalam tu.. sape tak taw dalam shopping complex tu masti ada macam-macam an.. tapi yang nie laen sikit.. diorang nie lalu di tempat pakaian wanita.. masalah sekarang bukan tempat baju tapi tempat pakain daaaal.... ( harap-harap korang faham la maksud aq nie yer..)... so dengan selamba nye, lelaki tu mengambil undewer wanita dan dipadamkan kepadanya, depan-depan aku pulak tu... iskkk terkejut aku dibuatnya..
      membutang mata aku dibuatnya... dengan selambanya dia buat bodohnya, lalu tepi aku... masa tu aku dah tak tahan nak gelak tapi aku buat selamba jer depan dye..tapi bila jer lindung muka dye.. sehabis-habisan aku gelak.. first time aku jumpa orang macam nie... ada ke patut cube pakaian wanita di badan lelaki... dah la undewer wanita pulak tuh, siap dengan warna pink lagi..hahahaha memang mengacam..perrhhh gila beb..orang kata kemah molep.haha..
       memang peristiwa nie aku tak boleh lupe la.. lucu gila... malu kat orang la buat perangai cam tu.. harap2 kawan-kawan aku jangan la buat  cam tu..memalukan... peristiwa nie bukan aku yang mengintai diorang tu..tapi betol-betol di depan mata aku sendiri.maksud aku diorang tu bukan tukar depan-depan tapi ukur di luaran sahaja.. jangan salah faham yer... tak pasai-pasai aku di cop mengintai pulak...haha tu bukan keje aku oky..huhu..aku nie manusia baik-baek, aku tak maen la cam tuh..hihii.. oky la sampai cnie jer cerita aq, sampai berjumpa kembali..bubye...=)

Isnin, 13 Jun 2011

JANGAN SIBUK 'BUSYBODY'







Hari nie terasa panas jer,kenapa yer??? Aku mahu kongsikan cerita sedikit sebanyak pasal manusia nie yang sibuk  sanggat nak ambil tahu pasal orang.. tolong lah dear, jangan ‘busy body’ nak ambil tahu hal orang nanti makan diri sendiri.. aku mahukan ceritakan pasal seorang perempuan nie yang berada di ‘school’ aku. Memang terasa panas jer bila dapat tahu hal orang nie. Entah dari mana perempuan nie dapat tahu pasal masalah aku dengan member  aku nie... Tiba-tiba sampai berita betol-betol depan mata aku, terasa nak cekik n paksa jer budak tuh. Kenapa lah manusia nie suka sangat cakap pasal orang, tambah-tambah kaum perempuan nie, suka sangat bergosip hal orang.. Ape nak jadi la kaum kita nie. Di sini aku luahkan segala-galanya, apa yang aku simpan. Maaf, biar pun cerita aku tidak tersusun tapi itulah yang aku rasa sekarang nie..
Aku nak cakap yang aku nie bagus sangat tak de lah. Aku sedar diri aku sape. Nak cakap gengster, aku tak macam tuh. Setakat biasa-biasa jer boleh la, aku pun manusia biasa yang cukup lengkap. Aku pun ada hati dan perasaan, cukup lah semua tuh tapi aku pantang kalau ada cerita pasal aku dan bestfriends aku sampai ke telinga orang. Aku tidak suka orang menjaja cerita and hebohkan cerita  sedangkan aku tak pernah ‘busy body’ pasal ko. Soo kau jangan nak suka-suka menyibuk hal orang ok!!
Sebelum kau nak cerita hal orang, tolong cermin diri kau tu dulu.. nie suka hentam jer cakap. Aku tahu kau nak tahu segala-gala pasal member aku, tapi tolong la kau bertanya pada orang yang salah. Ikot suka hati dye la nak buat perangai macam mana pun,ada aku kesah.xde an... jadi ko jangan sibuk-sibuk nak tahu. Biar pun orang ketiga dah cerita pasal perangai member aku pun, jangan sibuk-sibuk nak taw lagi. Cukup la ko tahu sampai setakat itu aje.. Biar pun kau ‘block’ aku di facebook tapi aku tak kesah, aku dah dapat jejak ko. To dear , kalau tak tahu cerita sebenar jangan nak suka-suka tambahkan. Aku pantang orang yang macam nie, menyakitkan hati jer!!
            Member  aku, aku punya pasal lah.. lantak dye lah nak buat apa pun, ada menyusahkan ko ker...???!! yang ko nak menyibuk tak tentu pasal tu kenapa?? Eiiii!! Stupid gurlz!! Perangai memang buruk, harapkan tuan jer cantik.. entah la, aku pun tak tahu cantik ker tak..ahks.. yang aku pasti, hari nie memang niat aku nak cari perempuan tu tapi tak datang ‘school’ lak. Emang Dasar betol!! Menyakitkan hati, buat aku panas jer. Nampak jer berani nak tahu hal orang tapi ‘schoo’ tak datang lak, penakut tol la. Buat malu jer, kalau nak cari pasal mahupun nak bergosip, jangan tersalah pilih orang yer dear. Sememangnya dear tersalah pilih orang ok. Aku akan cari ko sampai dapat dan aku akan paksa ko untuk bagitahu siapa manusia yang suka sanggat menjaja hal orang.  LU LANGSI, LU MATI!!!! ahahaha

Sabtu, 11 Jun 2011

LOVE is STOP!!

     Berakhir sudah perjalanan cinta aku bersama cdye... walaupun berat untuk aq lepaskan, aku terpaksa kerna segala-galanya sudah berlaku. Kau menipui aku seperti orang yang bodoh, kau berlakon atas segala gerak geri cintamu. Cukup!! kau sudah menyakiti hati aku.. Cukup lah diatas perbuatan yang tidak pernah ku duga.. Pergilah kau jauh dari hidup aku. Segala perbuatan tidak akan pernah aku lupa. Tidak pernah ku duga,kau sangup permainkan aku.Jika aku tahu ini perbuatan mu dari mula lagi, tidak pernah ku ingin untuk kembali kepadamu.. Walaupun kau merayu untuk kembali, aku sudah sakit hati dan aku tidak akan pernah kembali padamu..
    Aku tak mahu hidup dalam menintiskan air mata, cukup lah aku terluka dengan sikapmu.. Selama 3 tahun perjalanan cinta kita, pergilah kau untuk selamanya.. Di saat aku mencintaimu, aku sanggup menunggu mu tetapi hanya sia-sia semuanya.. Tiada gunanya aku menunggumu kerna kau mengecewakan aku. Memang aku mencintaimu tetapi aku sedar, cinta aku tidak berguna padamu. Kau tega bermain cinta dengan aku. Kau permainkan aku seperti patung yang mengikut segala arahanmu. Bertapa bodohnya aku rasa, diri aku dipermainkan.. Frist time aku kenal dengan dirimu dan aku tahu segala-galanya setelah terbongkar segala rahsiamu.Kau sudah berterus terang dengan aku, setelah masanya sudah suntuk untuk kau. Baru ku tahu kau bukan orang warganegara. Bila tiba masanya untuk kau pergi,  kau berterus terang segalanya kepadaku..




Bagai nak rak aku setia padamu, rupa-rupanya kau permainkan cinta aku. Baru ku tahu kenapa orang wargenagara lari mengikut orang macam diri mu. Orang sepertimu pandai bermain cinta, bersikap romantik tapi menipu lebih.. Orang sepertimu pandai berlakon dan mengambil kesempatan di atas cinta yang kau pupuk sendiri. Tak pernah ku sangka perbuatan mu begitu sekali..
    Setelah kau pergi, aku mengambil masa yang lama untuk melupakan kau. Boleh dikatakan sering kali keluar dari rumah.. Tapi bukan keluar terus,balik la jugak kat rumah tu..hehe... Setelah beberapa bulan aku mampu melenyapkan segala cinta yang kau beri..Walaupun dihatiku sudah tiada persaan cinta itu lagi..Aku rasa dah putus asa untuk bercinta lagi.. Aku takut untuk di permainkan dan aku takut untuk segala-galanya..
Sukar untuk aku percayakan lelaki lagi. Diatas perbuatanyan, segala-galanya sudah berubah.. STOP BOY!!!




                      http://www.youtube.com/watch?v=CPsRcg-1wgc

Khamis, 13 Januari 2011

LIRIK LAGU








SUCCESS-Ku Basuh Luka Dengan Airmata

Sekian lama kita menjalinkan cinta
Akhirnya tak ke mana
Hanyalah diriku saja yang setia
Dalam perhubungan kita

Andainya engkau buat bermacam alasan
Setelah ku membenci
Dulu kau pandangku samanya indah
Kini semuanya tak kena

( korus )
Mengapa tidak kau berterus terang
Bahwa engkau ada yang lain
Aku doa akan agar kau tak menyesal
Biarkan diriku
Menanggung duka lara sendiri
Susah payah tak sorang pun tahu
Terasa hinanya bila kau menyingkir diriku ( 2X )

Ku ucap selamat tinggal cinta & selamat tinggal kekasih
Biar pun sukarnya untuk melupakanmu
& tak perlu lagi kau bertanya
Tentang diri ini

Biarlah ku sendiri hidup dalam sepi
Ku basuh luka dihatiku dengan airmata
Betapa pedih tak terkata
Lalu ku terkulai didalam sangkar rindu



Anis Suraya-Cinta Tersimpul Rapi
Kulerai segala yang terkusut
Ku simpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu

Mengapa kau berubah laku
Inikah yang harus ku terima
Diatas setia sekian lama
Engkau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Cintaku....Rinduku..
Bukan yang terkusut
Ku ikat ku belai dan ku simpul

(korus)
Hati ingin berbicara
Hati pun sering berkata
Dimana hujung jalan cerita
Tanpa senarang noktah

Selangkah engkau pergi
Seribu langkah aku mengerjarmu
Sekelip mata engkau hilang
Seluruh pelusuk ku cari
Setinggi mana engkau menbawa diri
Akan aku daki
Sedalam mana kau cuba menyembunyikan
Akan ku selami
Biar terbukti Biar bersakti
Cinta kita cinta tersimpul rapi



Radja-Maaf

Bila aku salah
Tolong maafkanlah
Ku tak ingin membuat
Kau menagis

(korus)
Ku tahu kau marah
Ku tahu kau luka
Tapi jangan paksa
Tuk berpisah

Aku ingin selalu bersamamu
Walau senang
Walau kita susah

Mungkin aku salah dimatamu
Mungkin aku lemah dimatamu
Tapi tak pernah terfikir
Kau pergi tinggalkan aku

Bila aku salah di matamu
Bila aku lemah di matamu
Ku hanya bisa memohon
Maaf atas salahku


Radja-Terus Terang

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Kerna tak ada yang tahu
Erti cinta sesungguhnya


(korus)
Cinta datang dari tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Kerna aku manusia
Yang pastinya buntuh cinta

Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu
Aku relakan perpisahan

Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu
Aku relakan perpisahan



Ferhad Najib-Menentang Perjodohan

Jalinan cinta kasih kita
Yang kita rajuk berdua
Kini tinggal kenangan
Penuh dengan bias luka
Ku merana

(korus)
Namun kan ku coba
Untuk tenangkan jiwa
Hadapinya
Ku coba berjalan sendiri
Tapi suara yang menjelma
Ikuti suara hati
Dekat dalam luka jiwa yang merana
Kasih..telah ku coba tuk melupakanmu
Namun ku tak mampu..

Degarkanlah duhai kasih
Cinta dihati hanya untukmu
Tak bisa pindah kelain hati
Walau jodoh dari orang tua

Percayalah duhai kasih
Ku menentang perjodohan ini
Hanya dirimu yang ku cintai
Jangn pergi meninggalkan aku

Kembalilah kasih
Kita buka lagi lembaran baru
Berdua kita rajuk hati yang hampir terbuka




Okey-Ku Relakan Dikau Pergi

Indahnya sewaktu kita bersama
Terasa bagai di syurga
Engkau lah sinar cahaya ilhamku
Penawar kedukaanku

Sehingga kini ku masih terbayang
Ketika bermadu cinta
Tak daya ku melupakan segalanya
Kenangan cinta kita

(korus)
Setelah ku kehilangan dirimu
Seluruh hidupku kegelapan
Tanpakah siksa yang darimu
Aku terkilan dan karam dilautan

Cinta suci..
Dan biarlah ia pergi
Demi kebahagiaan mu
Ku relakan dikau pergi dariku

Oh kasih mengertilah
Hatiku ini yang terluka
Nantikan ku di pintu syurga
Ada air mata menjadi
Teman hidupku



Panji-Sayap Terluka

Dalam keributan
Hembusan beliung
Terbanglah aku si camar hina
Mencari singgahan andai kau sudi
Menghampar kasih di pantai hati

Selama ku puja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayapku terluka di timpa bencana
Akhirnya kini aku sendiri yang sengsara
(korus)
Ku tahu diri ini
Bagai mengapai bintang di langit
Tersingkir jatuh
Tiada pernah kau peduli

Rapuhnya cinta kita
Patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka
Tiada siapa yang endahkan

Biar derita biar sengsara
Aku rela menjadi mangsamu
Akan ku simpan di nurani ini
Kenangan antara kita
*hingga akhir nanti

Kini terbuktilah
Cinta dan kasihku
Umpama pungguk rindukan bulan
Tak mungkin tercapai
Hasratku ini
Biar pun harus ku tunggu seribu tahun lagi



Gio-Bila Cinta

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang kurasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawakan manisnya janjimu
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
Hingga kau pergi tinggalkan ku

(korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Disetiap doaku
Dan ku kan setia kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

(korus)




Anang-Separuh Jiwa Ku Pergi

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

(2x)(korus)
Pernah ku mencintai mu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang kau tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Untok ucap bibirmu
Habiskan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

(korus)

Kau disteri hati
Perlu ku mencintaimu....

Isnin, 3 Januari 2011

Liku-Liku Hidupku





Suka duka bercinta nie adalah kisah rialiti yang terjadi dalam hubungan.Pertama kali aku kenal seorang lelaki ini melalui henfon.Kebetulan pula semasa tu aku baru putus cinta,aku berkenalan degan jejaka nie.Biasa lah orang baru nak berkenalan macam-macam lah yang ditanya.Jejaka yang aku baru kenal tu jauh dari negeri aku,boleh dkatakan selang dua buah negeri,dia lebih tua 5 tahun dari aku dan sudah bekerja..Masa pertama kali aku berhubung dengan dia terasa takut pun ada sebab dia pelik dari yang lain tapi bila aku fikir biarlah aku berhubungan sekadar untuk hilangkan perasaan kecewa aku.Bila aku kenal dengan dia aku rasa senang,segala masalah aku cerita pada dia,hilang segala perasaan takot aku.Dia seorang yang periang,sering buat lucu,selalu buat orang senang,romentik dan penyayang..Aku terasa tenang bila berhubungan dengan  dia..Sampai beberapa bulan kami semakin rapat,mulai dari situ timbul perasaan aneh tapi aku simpan perasaan tu sampai dia sendiri yang tanya aku.Aku ingat aku bertepuk sebelah tangan rupanya dua belah tangan..Cinta kami bersatu.
      
 Dalam masa kami bercinta banyak ujian yang kami lalui.Dia sering menguji aku,seingat aku dia menipu aku tentang latar belakang keluarganya.Dia ingat aku nie mengejar harta,sory lah itu bukan aku.Harta boleh hilang sekelip mata dan harta boleh dicari tapi orang yang setia susah nak cari dengan zaman yang terlebih maju nie.Tentang harta aku tak kisah semua tu,tak pernah ada difikiran aku.Yang penting cdia yang menyayangi aku..Pelik betul cinta aku nie,tak pernah berjumpa walau sekali pun.Kami hanya saling menghantar gambar jer tapi hubungan kami direstui kedua ibu bapa dia malah aku seriang berhubungan dengan family dye.. Ibunya berharap sangat untuk aku jadi menantu dia,aduh jauh perginya mak dia.Setegas-tegas mak dia masih tetap memahami aku,aku selalu bergurau dengan mak dia.Sekelip mata boleh rapat macam satu keluarga.Aku senang dan bersyukur kalau dapat keluarga bakal mak mertua macam nie..
    
 Tapi dalam kesenangan yang aku rasa dugaan besar yang timbul.Orang ketiga menagih kasih dari cdia.Pertama kali dia cerita pada aku,fuh memang bengang sangat aku dibuatnya.Tapi aku sedar aku sekadar berhubungan dalam henfon sahaja malah orang yang menagih kasih tu dekat dan nyata berada di depan matanya..Ingin saja aku mintak putus tapi dia tak boleh terima.Dia lebih memilih aku dari perempuan tu tapi aku yang tersiksa.Lebih-lebih lagi perempuan tu adik kapada abang iparnya,senang-senanglah dia dapat tido rumah pakwe aku.Kurang asam betol,sedangkan dia tu dah tahu status aku dengan pakwe aku.Keluarga pakwe aku pun tak suka pada perempuan tu,tapi terpaksa kene layan jugak.Emang dasar perempuan tak malu,pertama kali aku jumpa perempuan macam nie,terhegeh-hegeh pada yang tak sudi..Memang sakit hati sangat macam aku nak terkam jer perempuan tu tapi jauh sekali nak sampai.Aku sering tak sedap duduk asyik resah gelisah jer,memang betol-betol liar perempuan tu..Sampai sanggup nak bagi apa saja asal pakwe aku terima dia...Sampai malam pun masih cari kesempatan untuk masuk bilik orang,aduh apa jenis orang lah nie.Selama seminggu dia berada di rumah pakwe aku,seminggu jugak bakal mak mertua aku awasi gerak geri perempuan tu sebabnya waktu malam dia lah yang paling liar..Seminggu jugaklah aku berharap pada mak dia sampai lah perempuan tu dihalau sendiri oleh bakal mak mertua aku.
        
Kelegaan yang aku alami hanyalah sementara sahaja,selepas pakwe aku berhenti kerja di tempat yang selalu menjadi ganguan hubungan aku masalah lain timbul kembali.Orang lain pula yang datang menagih kasih.Makin hari aku makin hairan,apa yang menarik dengan pakwe aku sampai terjadi macam nie sekali.Hanya tuhan sahaja yang tahu berapa terseksanya hidup aku.Perempuan tu selalu mengangu pakwe aku dan pelbagai cara dilakukan olehnya supaya dia dapat memiliki pakwe aku.Yang aku terpaksa sabar dengan perangai perempuan itu,selalu mengangu dan mengatal,aku tak tahu perempuan ini jenis apa.Setahu aku perempuan ini bekerja di sebuah hospital sama kerja dengan ibu dan pakwe aku.Setahu aku juga ibunya selalu menghalang perempuan itu untuk rapat dengan pakwe aku.Walaupun ibunya selalu menjadi orang tengah dalam hubungan aku,aku masih lagi risau dengan kehadiran perempuan itu kerna aku tahu perempuan itu juga sangat licik sama macam perempuan yang mengangu pakwe ku dulu.
        
Semakin hari semakin banyak masalah aku dengan pakwe aku,aku sering gaduh sebab salah faham.Mungkin sikap aku selalu berfikiran negetif terhadapnya dan sama juga sikapnya terhadap aku.Pernah aku meminta untuk tamatkan hubungan nie dan permintaan aku nie bukan pertama kali malah dah berkali-kali.Dengan keadaan hubungan aku yang semakin berantakan dan tidak sehaluan,aku berasa beban yang aku perlu tanggung amat berat sehingga aku tidak sanggup untuk pikulnya lagi.Tapi masih lagi diselamatkan oleh ibunya,aku kasihan terhadap ibunya yang selama nie berusaha untuk menjaga hubungan aku dan aku tumpah kasih terhadapnya.Pakwe aku juga masih tetap dengan aku walau apa-apa yang terjadi.Tapi sejak itu hati aku berubah sebab sebelum nie kami selalu gaduh.Aku mahukan kebebasan untuk hilang dari masalah,aku mahukan ketenangan.Aku bertekad untuk tidak memikul masalah ini lagi tapi bila aku lari dari masalah,masalah itu tidak pernah hilang malah mengejar aku.Ibunya selalu memberitahu padaku bahawasanya pakwe aku selalu termenung mahupun di tempat kerja atau di rumah,dia selalu memikirkan aku.Aku tahu bahawa di hatinya tertulis namaku,dan di hatiku tertulis namanya.Kami saling rasa merasa,boleh dikatakan macam magnet yang menarik.Aku selalu tersenyum,sedih,terharu,bahagia dan lain-lain lagilah sebab cdia selalu menyatakan ayat-ayat cinta yang romentik,selalu bergurau dengan cdia dan ibunya.
        
Pada suatu ketika aku mendapat berita yang mengejutkan,pakwe aku menghidap penyakit jantung.Terasa luruh hati aku kerna dia bertarung nyawa dengan penyakitnya.Bertapa kecewa,sedih yang tidak berbelah bagi,aku berasa menyesal sangat-sangat sebab mambuatkan dia berfikir tentang aku dan jatuh sakit.Tak pernah terfikir difikiran aku akan  terjadi seteruk macam nie.Nasi sudah menjadi bubur,aku perlu tempuhi semua nie.Hanya aku yang perlu memberikan semangat kepadanya,biarlah pahit manis aku telan.Semua nie perlu aku lalui untuk menebus semua kesalahan aku terhadapnya.Pakwe aku juga kecewa atas apa yang menimpa pada dirinya,sama dengan ibunya yang memberitahuku tantang perasaannya.Aku juga telah menerima berita yang amat mengecewakan aku,harapan yang kami bina juga tidak kesampaian.Pakwe aku juga sering ulang alik dari kuantan ke kuala lumpur untuk mendapatkan rawatan.Hanya kepadanNYA aku mampu mengumpul kekuatan,bersedih setiap hari tiada apa yang aku dapat.Aku hanya berserah kepada takdir,menerima apa yang telah ditentukan dengan rela dan tabah hati.
        
Tapi disebalik semua nie,kedua orang perempuan yang mengangu hidup pakwe aku dan hubungan aku,datang kembali dan sehingga sekarang.Kedua-dua orang itu menagih kasih sehingga bergaduh.Entah apa yang dimahukan kedua orang perempuan itu,aku pun tidak tahu yang pasti pakwe aku masih sakit dan perempuan dua orang itu jugak tetap memaksa pakwe aku untuk terimanya.Aku tak tahu sampai bila perlu aku berhadapan dengan semua ini. Aku dapat tahu bahawa seorang darinya ingin mengunakan khimat bomoh bagi mendapatkannya,bertapa kejamnya sanggup merosakkan hubungan aku.Mahu saja aku mengundur diri tapi cdia tak mahu melepaskan aku.Dia lebih memilih untuk bersendirian dari memiliki perempuan itu.Entah ape yang perlu aku buat,aku pun tak pasti.Yang pasti aku hanya mampu bersabar dan tempuhi semua ini dengan tabah.Aku berserah pada takdir,biarlah takdir yang menentukan....

Ahad, 2 Januari 2011

Mari Kenal





Assalamualaikum....

Hai...Salam perkenalan...
Terlebih dahulu saya mengenalkan tuan blog nie bernama mimie.Macam tertera nama diatas lah..Orangnya simple-simple aje,kadang-kadang serius kadang-kadang melucukan.Berasal tu dari pantai timur iaitu negeri Kelantan,orang klate pangil mek klate.Saya menerbitkan blog nie adalah untuk memberitahu perkembangan atau situasi harian ku.Hidup nie bermacam-macam yang kita lalui,ada yang kearah yang betol dan ada kearah yang salah.Harap ia dapat menjadi pengajaran dalam hidup kita seharian..Berkat kesabaran yang kita perolehi dapat menerus hidup dan tempuhi liku-liku dengan yakin dan bersabar...
Hidup aku penuh dengan dugaan yang perlu aku lalui.Dugaan dalam bercinta dan seharian aku,itulah rialitinya...Dugaan seharianku mengajar erti sabar dengan pelbagai masalah...Entah bila masalah aku akan selesai...
KETAHUI CERITA AKU DARI HARI KE HARI.....tq